Bunyi Yang Dilihat?

Hasil kerja Angah

Angah juga berbakat dalam bidang mewarna. Dia juga suka mewarna. Inilah hasil warna yang dibuat oleh Angah. Sebenarnya, lukisan ini ialah lembaran latihan yang dibuat kat rumah.

Lepas habis buat latihan, sambil-sambil untuk disemak, sempat lagi dia mewarna gambar yang terdapat dalam petikan tersebut. Sebenarnya, Angah juga berbakat dalam bidang seni ni. Tahniah Angah.


Inilah gambar yang sudah diwarnai olah Angah iaitu suasana perkelahan di tepi pantai. Best juga pergi ke pantai ni sebab dah lama tak ke sana. Tapi sekarang tak boleh pergi sebab sekarang ni musim periksa dan yang penting sekarang ni dah masuk musim hujan.

Hasil kerja Kak Long

Satu lagi hasil kerja Kak Long. Teknik keja yang dilakukan ialah dengan menggunakan teknik kolaj. Teknik kolaj ialah teknik tampalan.


Caranya senang sahaja. Mula-mula, Along melukis gambar yang dirasakan sesuai iaitu gambar seorang kanak-kanak perempuan. Lepas tu, gunting dan tampal di atas sehelai kertas lain.


Hasilnya.....seperti yang dipaparkan di bawah Dia seorang yang kreatif dan suka melukis. Mungkin mengikut jejak langkah abahnya, kot. Agak je tu.


Inilah hasil ciptaan Kak Long. Dua orang kanak-kanak perempuan yang memakai pakaian ala Kimono. Satu berbaju hijau dan satu lagi berbaju oren


Gambar yang sama tapi boleh bertukar warna baju. Baju je yang bertukar.Ala......tukar baju je tu. Tukar "kepala" dan masukkan pada pakaian yang lain pula.



hh