Rumah untuk dijual di Tok Bali.


SAMBUTAN RAYA 2009





Bengkel Editing Video di PKG Mekasar pada 2 Sept.2014



CU Again

Sudah begitu lama tidak kucoretkan catatan di blog ini. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Yap! Memang adasuatu yang tidak kena

Pengalaman Di depan Mata

Seperti biasa, awal pagi kami bertolak dari Kg Surau ke sekolah masing-masing. Kami singgah kejap beli nasi di kedai Kak Yah - satu rutin harian kami sepanjang hari bekerja.

Aku bersama keluarga melalui Lebuh raya Pasir Mas - Kota Bharu. Pada awal pagi, selalunya mentari terus menerjah ke mata ku - sehingga kan pandanganku kurang jelas untuk melihat sesuatu benda atau kenderaan yang berada di hadapanku.

Tiba dipertengahan jalan - lebih kurang jam 7.21 pagi, kelihatan sebuah motorsikal telah melintas salah sebuah motorsikal lain di depannya.

Sepantas kilat, motorsikal tadi tersangkut pada motorsikal di depannya, lalu penunggangnya terpelanting di atas jalan. Kedebung! Terperanjat isteri dan anak-anakku pada waktu itu. Apa tidaknya, kejadian itu betul-betul berlaku di hadapan kereta ku. Menggigil ku lihat isteriku pada waktu itu.

Kebetulan pula, pada waktu itu, sebauh kereta Mercedes telah memotong keretaku dan keretanya itu sempat mengelak penunggang motorsikal yang terpelanting di atas jalan itu. Kalau tidak, aku tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya kereta Merc tadi tidak sempat mengelak.

Kuberhenti keretaku di tepi jalan dan pergi melihat penunggang yang masih lagi tertiarap di atas jalan tersebut. Kulihat pada watu itu jari-jarinya bergerak-gerak. Syukur, dia masih lagi bernyawa. Selepas itu, beberapa orang pemandu yang memberhentikan kereta mengangkatnya dan meletakkannya di tepi jalan.

Tidak lama kemudian, dapat dilihat pemuda yang tercedera mukanya itu, boleh duduk sambil ditenangkan oleh beberapa pemandu lain.

Melihat keadaan itu, aku terus ketempat kerja dan tidak tahu lagi apa yang berlaku selepas itu. Jadi, beringat-ingatlah ketika memandu. Sekelip mata sahaja sesuatu perkara boleh berlaku. dan ingatlah: BERHATI-HATI DI JALAN RAYA. INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.