BBQ


Kelihatan Tok Mi sedang membakar ayam.



Sempat lagi berpossing sebelum makan ayam bakar. Tengok Arif tu....sedang syok makan ayam bakar.


Makan jangan tak makan.


Kelihatan antara bahan-bahan dan menu yang disediakan oleh Tok Mi semasa majlis bakar ayam.


Sebelum bakar ayam....sempat lagi diaorang main mercun. Mercun yang lama tu....tahun lepas punya.


Sempat lagi berpossing tu.











Dah lama kami tak mengadakan majlis 'bakar ayam'.




Bunyi Yang Dilihat?

Hasil kerja Angah

Angah juga berbakat dalam bidang mewarna. Dia juga suka mewarna. Inilah hasil warna yang dibuat oleh Angah. Sebenarnya, lukisan ini ialah lembaran latihan yang dibuat kat rumah.

Lepas habis buat latihan, sambil-sambil untuk disemak, sempat lagi dia mewarna gambar yang terdapat dalam petikan tersebut. Sebenarnya, Angah juga berbakat dalam bidang seni ni. Tahniah Angah.


Inilah gambar yang sudah diwarnai olah Angah iaitu suasana perkelahan di tepi pantai. Best juga pergi ke pantai ni sebab dah lama tak ke sana. Tapi sekarang tak boleh pergi sebab sekarang ni musim periksa dan yang penting sekarang ni dah masuk musim hujan.

Hasil kerja Kak Long

Satu lagi hasil kerja Kak Long. Teknik keja yang dilakukan ialah dengan menggunakan teknik kolaj. Teknik kolaj ialah teknik tampalan.


Caranya senang sahaja. Mula-mula, Along melukis gambar yang dirasakan sesuai iaitu gambar seorang kanak-kanak perempuan. Lepas tu, gunting dan tampal di atas sehelai kertas lain.


Hasilnya.....seperti yang dipaparkan di bawah Dia seorang yang kreatif dan suka melukis. Mungkin mengikut jejak langkah abahnya, kot. Agak je tu.


Inilah hasil ciptaan Kak Long. Dua orang kanak-kanak perempuan yang memakai pakaian ala Kimono. Satu berbaju hijau dan satu lagi berbaju oren


Gambar yang sama tapi boleh bertukar warna baju. Baju je yang bertukar.Ala......tukar baju je tu. Tukar "kepala" dan masukkan pada pakaian yang lain pula.



hh

Gimnastic Camp 2009

Kem Bakat Gimnastik 2009

KEM BAKAT GIMNASTIK ZON TIMUR 2009 di adakan di Negeri Pahang. Ini lah tempat penginapan kami.

Tarikh : 23 hingga 25 Oktober 2009
Tempat: Santuary Resort, Cherating
Peserta: 10 orang gimnas (5L5P)
PLD : Tanah Merah Kelantan


Kelihatan Arif sedang menjalankan sesi memanaskan badan. Tu dia...meniarap macan Superman.


Latihan kaki untuk kelembutan.

Berkumpul sebelum memasuki Stadium SUKPA.



Ni sesi bersama tokoh di dewan tingakt 5 kat Resort.



"Amboi!....sempat lagi buat "peace" tu.



"Hah! Arif sedang diuji dalam ujian Hand Stand (dirian tangan). Dapat juga markah penuh (10m)


Ujian Hand Stand beramai-ramai.


Bergambar kenang-kenangan di hadapan Stadium SUKPA.




Acara memanaskan badan sebelum ujian dijalankan.





Semasa menaiki bas untu ke Stadium SUKPA.


Ini lah dia....Muhammad Arif Azim dari PLD Tanah Merah yang agak berbakat dalam sukan gimnastik. Harap-harap di suatu hari kelak dapatlah menjadi salah seorang gimnas untuk peringkat (sekurang-kurangnya)negeri....kalau boleh ke peringkat MSSM. Mudah-mudahan












Arif dan Adib

Pertandingan Mewarna

Baru-baru ini diadakan satu 'pertandingan' mewarna bagi peringkat rumah. Penyertaan taklah ramai sangat, cuma 3 penyertaan je. Penganjur? Siapa lagi , kalau bukan Along yang mengelolakannya. Saje je suka-suka la tu. Pertandingan ini secara tertutup. Bahan-bahan ni dilukis olehnya dan diadilinya olehnya juga. Pemenangnya juga diumumkan olehnya juga. Pendek kata, semuanya diuruskan olehnya.

Para pemenang dipilih pada hari itu juga. Senarai pemenang adalah seperti di bawah. Keputusan pengadil adalah muktamad. Pemenang-pemenangnya disandang oleh:


Pemenang Pertama : Angah


Pemenang ke-2 : Echah

Pemenang ke-3 : Adib

Syoknya Sambut Raya

Adib masa kecik

Mai Famili


Ini ialah lukisan hasil tangan ciptaan Along. Ini ialah suatu imaginasinya mengenai kehidupan sebuah keluarga. Suatu pengharapan yang besar yang diinginkan dalam kehidupan berkeluarga. Dia seorang yang kreatif, suka mengarang dan juga suka melukis. Jenis lukisan yang dihasilkannya ialah jenis kolaj. Lukis.......gunting.....tampal. Walaupun simple, tapi mempunyai suatu makna yang besar. Terima kasih Along.

Hawa, Balqis dan Adam

Hari ni masih lagi dalam mood raya. Kuih-kuih raya tu masih ada lagi. Kebetulan, anak-anak jiran kami, dating beraya kat rumah. Dia orang ni adalah kawan kepada Liyana, Aqilah, Arif dan Echah. Rumah dia orang ni dekat je….depan rumah pun boleh nampak. Ok lah Hawa, Balqis dan Adam…..selamat menjamu selera….makan kuih aje lah ye.


" Makan lah kuih tu Hawa....itu aje yang ada hari ni."

"Kalau tak cukup....minta lah dengan Acik dok kat dapur tu....jangan malu-malu ye Adam."


"Senyum sikit Hawa....Ok... 1.........2..........3. Klik!! Hah....dah dapat pun."


Raya ketiga kat Kg Surau

Hari ni ialah raya ketiga. Mok dari Kg Laut dan keluarga datang beraya kat rumah di Kg Surau. Menu makanan......... ala biasa je. Macam tahun lepas iaitu masak Lontong Special Aidilfitri. Nama tu, reka je...nak bagi sedap sikit. masak cam biasa je, ada kuah, nasi himpit dan sebagainya
Mok dari Kg Laut dengan sebuah kereta je. Mereka naik kereta anak Mak Yam tu.


Tengok tu.......Tok Mi dan Mak Cik Yam sedang menjamu Lontong. Fuh! nampak sedap tak terkata. Hah....tambah lagi, kalau tak cukup, cakap je.


Mereka sedang menjamu selera lontong tu. Aqilah pun ada juga sedang melayan tetamu.

Raya kedua di Kg Ketil dan Geting

Seperti biasa, selepas semua bersiap sedia, kami bertolak ke Kampung Geting. Jalannya…sesak juga bila tiba di persimpangan lampu isyarat Tendong dan kami bergerak membelok melalui Jambatan Tendong. Dan jalan sesak lagi di lampu isyarat selepas menuruni jambatan tersebut. Bila tiba dipersimpangan berdekatan SKOT1(SK Othman Talib 1), kami membelok kekiri menghala ke jalan Bunut Susu. Fuh! Jalan yang menghala ke Pasir Mas….jem teruk. Agak-agak lebih kurang 5 kilometer. Jalan melalui Kampung Delima – Cabang 4 dan terus ke Bunohan dan Geting, ok je.

Kami terus ke Kampung Ketil untuk beraya dengan ayahanda tercinta dan beraya di rumah Mok Su Dah (mak sepupu hamba tu). Lepas tu, kami terus gi beraya kat Kampung Geting.


Hah..dah cakap dah. Jem agak teruk sikit selepas menuruni Jambatan Sultan Ismail, Tendong.
Jalan kurang jem semasa melalui jalan Bunut Susu - Kg Delima - Chabang Empat.


Beraya kat rumah ayahanda di Kg Ketil, Pengkalan Kubur. Yang berkopiah tu la ayahanda hamba.

Ni anak sedara hamba juga dari sebelah ayah hamba. Ni anak Masyitah yang dok Johor. Dia baru balik raya kat kampung.