Hawa, Balqis dan Adam

Hari ni masih lagi dalam mood raya. Kuih-kuih raya tu masih ada lagi. Kebetulan, anak-anak jiran kami, dating beraya kat rumah. Dia orang ni adalah kawan kepada Liyana, Aqilah, Arif dan Echah. Rumah dia orang ni dekat je….depan rumah pun boleh nampak. Ok lah Hawa, Balqis dan Adam…..selamat menjamu selera….makan kuih aje lah ye.


" Makan lah kuih tu Hawa....itu aje yang ada hari ni."

"Kalau tak cukup....minta lah dengan Acik dok kat dapur tu....jangan malu-malu ye Adam."


"Senyum sikit Hawa....Ok... 1.........2..........3. Klik!! Hah....dah dapat pun."


Raya ketiga kat Kg Surau

Hari ni ialah raya ketiga. Mok dari Kg Laut dan keluarga datang beraya kat rumah di Kg Surau. Menu makanan......... ala biasa je. Macam tahun lepas iaitu masak Lontong Special Aidilfitri. Nama tu, reka je...nak bagi sedap sikit. masak cam biasa je, ada kuah, nasi himpit dan sebagainya
Mok dari Kg Laut dengan sebuah kereta je. Mereka naik kereta anak Mak Yam tu.


Tengok tu.......Tok Mi dan Mak Cik Yam sedang menjamu Lontong. Fuh! nampak sedap tak terkata. Hah....tambah lagi, kalau tak cukup, cakap je.


Mereka sedang menjamu selera lontong tu. Aqilah pun ada juga sedang melayan tetamu.

Raya kedua di Kg Ketil dan Geting

Seperti biasa, selepas semua bersiap sedia, kami bertolak ke Kampung Geting. Jalannya…sesak juga bila tiba di persimpangan lampu isyarat Tendong dan kami bergerak membelok melalui Jambatan Tendong. Dan jalan sesak lagi di lampu isyarat selepas menuruni jambatan tersebut. Bila tiba dipersimpangan berdekatan SKOT1(SK Othman Talib 1), kami membelok kekiri menghala ke jalan Bunut Susu. Fuh! Jalan yang menghala ke Pasir Mas….jem teruk. Agak-agak lebih kurang 5 kilometer. Jalan melalui Kampung Delima – Cabang 4 dan terus ke Bunohan dan Geting, ok je.

Kami terus ke Kampung Ketil untuk beraya dengan ayahanda tercinta dan beraya di rumah Mok Su Dah (mak sepupu hamba tu). Lepas tu, kami terus gi beraya kat Kampung Geting.


Hah..dah cakap dah. Jem agak teruk sikit selepas menuruni Jambatan Sultan Ismail, Tendong.
Jalan kurang jem semasa melalui jalan Bunut Susu - Kg Delima - Chabang Empat.


Beraya kat rumah ayahanda di Kg Ketil, Pengkalan Kubur. Yang berkopiah tu la ayahanda hamba.

Ni anak sedara hamba juga dari sebelah ayah hamba. Ni anak Masyitah yang dok Johor. Dia baru balik raya kat kampung.




Raya Pertama ke Sea Village (Kg Laut le tu...)

Lepas raya di Kampung Surau, kami sekaluarga beraya pula di Kampung Laut(Rumah Mok Kampung Laut-nenek isteri hamba tu) Lebih kurang jam 3 petang, kami bertolak ke Kampung Laut.Kami pergi 3 buah kereta semuanya – kereta Lan, Iwan dan hamba. Dari rumah melalui Highway Baru, jalannya masih ok lagi. Bila tiba saja di persimpangan lampu isyarat Tendong, jalan dah mula sesak. Kami terus belok ke kiri iaitu melalui Jambatan Sultan Ismail Pertra (Jambatan Tendong). Sekali lagi bila tiba dipersimpangan lampu isyarat, sekali lagi jalan sesak. Boleh tahan juga.

Sepanjang jalan ke Kampung Laut melalui jalan : Kutan – Wakaf Bharu – Palekbang – Gerong : boleh tahan juga jalan tak jem tapi sesak. Sampai kat rumah Mok Kampung Laut, kami dijamu nasi kerabu. Habis sepinggan.


Adib, Chicha dan Echah bergambar di atas tangga rumah Mok.


Lepas makan, kami terus lajak ke Kampung Geting. Kebetulan pula, Mek Timah (nenek hamba tu) tak berapa sihat. Dah lama dah, hampir 2 minggu. Lama tu….. Kejap je kami kat Kampung Geting tu, sebab hajat kami nak gi raya kedua kat Geting


Ni, masa beraya kat Kg Geting. Mek Timah masih kelihatan kurang sihat.


Aik! Apa pegang-pegang pipi ni...Maklumlah, pipiku yang tembam ni mungkin menjadi idaman setiap orang yang memegangnya.

Mek Timah kurang sihat lagi tu. Hari ni raya pertama. Lebih kurang 2 minngu dah dok kat rumah je. Tak leh gi masjid bertarawih sebab sakit batu karang.


Anis, ayah Chik, Cik Uni dan Mek Timah sempat lagi bergambar kenangan dengan anak sedaraku.


Ni lah...anak sedaraku yang ke-8. Baru berusia lebih kurang 40 hari lebih. Tengah tidur tu.


Warna-warni di pagi raya

Bergambar dengan baju raya baru. Tema raya tahun ni ialah warna Purple.


Ini halaman depan rumah Mak mertua hamba- Mek Eshah & Abe Ya KADA. Semuanya adik-beradik ipar balik beraya kat kampung kecuali Abang Fandi. Sebab raya pertama ni dia beraya kat Terengganu. Katanya, raya kedua baru nak beraya kat Kg. Surau.



Pergi beraya kat rumah Abang Li dan Kak Norehan....dekat je tu, sebab tu gi jalan kaki je.




Gambar Kiki diambil secara candid di pagi raya. "Sorry....tak basuh muka lagi ni, sebab baru bangun tidur.Meow...meow."



Sempat lagi bermain buai sebelum ke masjid. Adib, Arif dan Aqilah sedang berbuai di hadapan rumah.




























Syoknya malam raya

Malam raya tu agak meriah sikit. Sebabnya.......Ayah Chik budak-budak tu balik juga beraya kat kampung. Bila balik tu.....paham-paham je la. Banyak juga dia beli bunga api untuk anak-anak buahnya.
Bebudak tu seronok sangat lah main bunga api. Macam-macam cara dia orang possing


Bila dah ramai berkumpul balik raya, agak meriah lah malam raya tu. Dengan dentuman bunga api la, percikan bunga api yang kat stadium tu la. Macam-macam ada.



















































My Family: Nur Kasihku


Inilah keluarga bahagiaku..my family. Kaulah ratu dan kaulah penawar. Hadirmu dapat menceriakan suasana sebuah keluarga. I love you so much.Keluarga adalah segala-galanya. Kehidupan berkeluarga memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi. Tambahan pula, membesarkan anak-anak di zaman ini memerlukan perhatian yang bukan sedikit- berbanding zaman sebelumnya. Persefahaman merupakan salah satu kunci bagi mencipta keharmonian sesebuah rumahtangga. “ Ya Rahman Ya Rahim…..ampunkanlah dosa-dosa kami,dosa-dosa kedua ibubapa kami, wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, satukanlah hati-hati kami agar dapat menjalani bahtera kehidupan dengan penuh harmoni dan rasa kasih sayang. Jadikanlah kami sebuah keluarga yang sentiasa hidup aman damai, sebuah keluarga yang sentiasa menjaga dan menunaikan solat, sebuah keluarga yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat-Mu, sebuah keluarga yang sentiasa mengingati-Mu dalam senang mahupun susah, lembutkanlah hati-hati kami wahai Tuhan yang mempunyai segala Hikmat, dan jauhilah keluarga kami dari segala fitnah Dajjal, Ya Allah..Amin amin ya Rabbal alamin.