Seperti biasa, awal pagi kami bertolak dari Kg Surau ke sekolah masing-masing. Kami singgah kejap beli nasi di kedai Kak Yah - satu rutin harian kami sepanjang hari bekerja.
Aku bersama keluarga melalui Lebuh raya Pasir Mas - Kota Bharu. Pada awal pagi, selalunya mentari terus menerjah ke mata ku - sehingga kan pandanganku kurang jelas untuk melihat sesuatu benda atau kenderaan yang berada di hadapanku.
Tiba dipertengahan jalan - lebih kurang jam 7.21 pagi, kelihatan sebuah motorsikal telah melintas salah sebuah motorsikal lain di depannya.
Sepantas kilat, motorsikal tadi tersangkut pada motorsikal di depannya, lalu penunggangnya terpelanting di atas jalan. Kedebung! Terperanjat isteri dan anak-anakku pada waktu itu. Apa tidaknya, kejadian itu betul-betul berlaku di hadapan kereta ku. Menggigil ku lihat isteriku pada waktu itu.
Kebetulan pula, pada waktu itu, sebauh kereta Mercedes telah memotong keretaku dan keretanya itu sempat mengelak penunggang motorsikal yang terpelanting di atas jalan itu. Kalau tidak, aku tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya kereta Merc tadi tidak sempat mengelak.
Kuberhenti keretaku di tepi jalan dan pergi melihat penunggang yang masih lagi tertiarap di atas jalan tersebut. Kulihat pada watu itu jari-jarinya bergerak-gerak. Syukur, dia masih lagi bernyawa. Selepas itu, beberapa orang pemandu yang memberhentikan kereta mengangkatnya dan meletakkannya di tepi jalan.
Tidak lama kemudian, dapat dilihat pemuda yang tercedera mukanya itu, boleh duduk sambil ditenangkan oleh beberapa pemandu lain.
Melihat keadaan itu, aku terus ketempat kerja dan tidak tahu lagi apa yang berlaku selepas itu. Jadi, beringat-ingatlah ketika memandu. Sekelip mata sahaja sesuatu perkara boleh berlaku. dan ingatlah: BERHATI-HATI DI JALAN RAYA. INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.
Pengalaman Di depan Mata
Kenangan di Kuala Lumpur 2008
Inilah andeh saya. AFFNIZA BT ZAKARIA
Terasa pula saya nak mendukung baby kecik. Sebanya, semua 'baby' saya dah besar semua dah. Tak larat nak dukung dah. Kalau dukungnya pun, kakinya dah terleret ke atas tanah : dah besar panjang.
Sempat lagi berpossing di PWTC.
Ni gambar sendiri posing sendiri snap. Sebabnya, hanya kami berdua je yang gi ke PWTC masa konvo. Anak-anak dok ngan Tok Ayah diorang. Mana larat nak control dia orang semua. Emak mertua pula tak dapat pergi sebab menantunya dapat baby kecil dan balik ke rumahnya. Terpaksalah kami berdua je yang gi. Kesiannya......
Hah! Ni anak sulung kami yang snap gambar ni. Dapatlah kami 'berdua-duaan' dalam gambar ni. Lokasi? Lokasinya di Masjid Negara KL.
Bergambar kenangan di ruang legar PWTC
Labels: Mai Famili
Gambar anak
ssss
Anak pertamaku - Puteri Sulung
Anak keduaku - Puteri Yang Kedua
Anak ketigaku - Putera Sulung
Anak keempatku - Puteri Yang Ketiga
Anak kelimaku - Putera Yang Kedua
Labels: Anak-anak
Mai Famili
Setiap insan mempunyai impian masing-masing. Kehidupan berkeluarga adalah antara salah satu impian umat manusia. Nabi Adam a.s diciptakan untuk memakmurkan bumi ini. Nabi Adam a.s keseorangan, lalu diciptakan Hawa dari 'tulang' rusuknya sebagai teman hidupnya. Nabi Adam dan Hawa adalah nenek moyang sekalian umat manusia di muka bumi ini.
Aku kini sudah dikurniakan zuriat seramai 5 orang. Mungkin sudah mencukupi buat masa ini. Tetapi, kalau ditakdirkan kerajaan meluluskan satu undang-undang baru yang membolehkan pelepasan kepada kakitangan kerajaan yang melahirkan anak sehingga anak ke-6. teringin pula untuk memenuhi hasrat kerajaan itu.
Amboi! Senangnya cakap. Yang 5 orang ni pun tak larat nak jaga dah.... nak tambah lagi konon.
Labels: Mai Famili