Pengalaman Di depan Mata

Seperti biasa, awal pagi kami bertolak dari Kg Surau ke sekolah masing-masing. Kami singgah kejap beli nasi di kedai Kak Yah - satu rutin harian kami sepanjang hari bekerja.

Aku bersama keluarga melalui Lebuh raya Pasir Mas - Kota Bharu. Pada awal pagi, selalunya mentari terus menerjah ke mata ku - sehingga kan pandanganku kurang jelas untuk melihat sesuatu benda atau kenderaan yang berada di hadapanku.

Tiba dipertengahan jalan - lebih kurang jam 7.21 pagi, kelihatan sebuah motorsikal telah melintas salah sebuah motorsikal lain di depannya.

Sepantas kilat, motorsikal tadi tersangkut pada motorsikal di depannya, lalu penunggangnya terpelanting di atas jalan. Kedebung! Terperanjat isteri dan anak-anakku pada waktu itu. Apa tidaknya, kejadian itu betul-betul berlaku di hadapan kereta ku. Menggigil ku lihat isteriku pada waktu itu.

Kebetulan pula, pada waktu itu, sebauh kereta Mercedes telah memotong keretaku dan keretanya itu sempat mengelak penunggang motorsikal yang terpelanting di atas jalan itu. Kalau tidak, aku tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya kereta Merc tadi tidak sempat mengelak.

Kuberhenti keretaku di tepi jalan dan pergi melihat penunggang yang masih lagi tertiarap di atas jalan tersebut. Kulihat pada watu itu jari-jarinya bergerak-gerak. Syukur, dia masih lagi bernyawa. Selepas itu, beberapa orang pemandu yang memberhentikan kereta mengangkatnya dan meletakkannya di tepi jalan.

Tidak lama kemudian, dapat dilihat pemuda yang tercedera mukanya itu, boleh duduk sambil ditenangkan oleh beberapa pemandu lain.

Melihat keadaan itu, aku terus ketempat kerja dan tidak tahu lagi apa yang berlaku selepas itu. Jadi, beringat-ingatlah ketika memandu. Sekelip mata sahaja sesuatu perkara boleh berlaku. dan ingatlah: BERHATI-HATI DI JALAN RAYA. INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.

Kenangan di Kuala Lumpur 2008


Inilah andeh saya. AFFNIZA BT ZAKARIA




Terasa pula saya nak mendukung baby kecik. Sebanya, semua 'baby' saya dah besar semua dah. Tak larat nak dukung dah. Kalau dukungnya pun, kakinya dah terleret ke atas tanah : dah besar panjang.



Sempat lagi berpossing di PWTC.





Ni gambar sendiri posing sendiri snap. Sebabnya, hanya kami berdua je yang gi ke PWTC masa konvo. Anak-anak dok ngan Tok Ayah diorang. Mana larat nak control dia orang semua. Emak mertua pula tak dapat pergi sebab menantunya dapat baby kecil dan balik ke rumahnya. Terpaksalah kami berdua je yang gi. Kesiannya......

Hah! Ni anak sulung kami yang snap gambar ni. Dapatlah kami 'berdua-duaan' dalam gambar ni. Lokasi? Lokasinya di Masjid Negara KL.



Bergambar kenangan di ruang legar PWTC

Gambar anak


ssss



Anak pertamaku - Puteri Sulung


Anak keduaku - Puteri Yang Kedua


Anak ketigaku - Putera Sulung


Anak keempatku - Puteri Yang Ketiga



Anak kelimaku - Putera Yang Kedua

Adib masa kecil

Mai Famili

Setiap insan mempunyai impian masing-masing. Kehidupan berkeluarga adalah antara salah satu impian umat manusia. Nabi Adam a.s diciptakan untuk memakmurkan bumi ini. Nabi Adam a.s keseorangan, lalu diciptakan Hawa dari 'tulang' rusuknya sebagai teman hidupnya. Nabi Adam dan Hawa adalah nenek moyang sekalian umat manusia di muka bumi ini.



Inilah antara hasil perkahwinan antara 'Adam' dan 'Hawa' yang membiakkan zuriatnya sebagai amanah Tuahn kepada umat manusia.


Aku kini sudah dikurniakan zuriat seramai 5 orang. Mungkin sudah mencukupi buat masa ini. Tetapi, kalau ditakdirkan kerajaan meluluskan satu undang-undang baru yang membolehkan pelepasan kepada kakitangan kerajaan yang melahirkan anak sehingga anak ke-6.  teringin pula untuk memenuhi hasrat kerajaan itu.


Amboi! Senangnya cakap. Yang 5 orang ni pun tak larat nak jaga dah.... nak tambah lagi konon.






Bertolak ke Kuala Terengganu

Cuti sekolah dah pun bermula iaitu 3 Jun 2010. Cuti taklah lama sangat, cuma 2 minggu je. 2 minngu? 2 minggu pun dah 14 hari tambah lagi 2 hari Jumaat dan Sabtu sama dengan 16 hari. Fuh! Lama juga tu.

Pada Khamis 3 Jun 2010 aku bersama keluarga berhajat nak bertolak ke Terengganu. Habis sekolah je terus ambik orang rumah di sekolahnya di SKOT2. Lepas ambil mereka, aku terus balik ke rumah di Salor. Berehat kejap, lepas sembahyang orang rumah kemaskan barang-barang yang ingin dibawa. Anak-anak hanya bawa 3 orang je. Sebab apa tak bawa semua? Tak muat.

Lepas semua clear, terus ke Geting pula ambil nenek, adik dan makcik-makcik saya. Dia orang pun nak pergi juga ke Terengganu juga sebab nak hantar Pak Cik (Pak Su) saya hendak menunaikan umrah.

Jam 5.45 petang...kami terus bertolak ke Terengganu melalui Kg Delima terus ke Kedai Mulong dan melalui Pekan Jelawat. Dari Jelawat lajak terus ke Tok Bali. Di Tok Bali baru jam 7.15 malam.

Jam 8.30 malam kami berhenti sembahyang di Masjid As-Salam di Penarek. Lepas sembahyang, kami terus bertolak ke Pulau Rusa dan sampai di sana lebih kurang jam 9.30 malam.. Lepas makan dan mandi, kami terus terlena sebab agak letih kot. Sebab apa....sorang je driver.

Sambung projek

Balik dari sekolah, ku jenguk juga kat kolamku itu. Lambatnya terasa nak siapkannya. Dapatlah juga buat sikit-sikit....lama-lama, siaplah tu. Tapi berapa lama masa nak siapkan...terpulang pada keadaan, masa dan kelapangan waktu.

Bancuh simen pun bukannya banyak sangat. Hanya sekadar 2 baldi simen yang siap dibancuh je. Tak larat nak buat banyak-banyak. Lagi pun, masa suntuk sangat.



Kalau bancuh banyak-banyak, tak sempat nak habiskannya. Sebab dah hampir nak maghrib dah. Memang dah kena pun. Konon-kononnya nak bancuh simen lebih sikit. Sebab nak siapkan cepat. Nah! Sekali simen tu tak dapat dihabiskan sebelum maghrib, terpaksalah disambungnya lepas maghrib. Naya....naya



Tapi....nasib baiklah dekat dengan kolam tu ada lampu di beranda. Cerahlah sikit tempat nak ikat batu-bata tu. Itupun kena juga minta bantuan 'rechargeble lamp'(betul ke ejaan ni?). Bertambah teranglah sikit tempat tu. Ok la tu.


Banyak mana dapat ikat batu-bata tu? Ala tak banyak pun. Sekadar lebih kurang 20 keping je. Almaklumlah......saya ni bukannya 'pro' sangat dalam bab ni. Lambat. Lambat pun bersebab. Sebabnya ialah.......tak biasa ikat bata lah. Kalau dah biasa.....tentu cepat punya. Mungkin, pada suatu hari nanti saya akan lebih terrer sikit kot dalam hal ikat-mengikat ni. Tapi....bila ye? Hmmm.....tunggulah itupun kalau hari-hari dok ikat benda ni. Kan!

Dah mula susun bata

Lama sungguh rasanya nak siapkan kolam ini. Apa tidaknya...baru takat nak buat dasar kolam...camna nak cepat siap. Kan! Itupun baru susun batu-bata kat dasar kolam je.

Buat sikit-sikit je. Time masa lapang. Ni pun 1 Mei hari tu je baru start susun batu-bata. Susunannya pun hanya berdasarkan ilmu IT je (Ikut Terlintas). Takde plan-plan pun. Terasa nak buat bentuk kolam camni...terus buat la. Mula-mula dok cadang tu nak juga scatch (betul ke ni?) kat atas kertas dulu. Tapi dok fikir juga takut terikat dengan idea tu....tak bebaslah.


Bukannya apa.....bila kita tak skatch kat mana-mana, terasa bebas sikit kita nak 'cipta' kolam kita sendiri. Nak buat bentuk lonjong ke......bentuk bujur ke......bentuk separa ke......atau yang tidak berbentuk pun boleh dibuat. Almaklumlah, kita adalah kuli dan kita juga adalah manager. Kan kan.




Nak susun batu-bata ni pun bukannya senang. Maklumlah bukannya selalu buat kolam ni. Tak penah dibuat orang macam ni. Sebelum susun batu-bata tu....kenalah bagi ratakan dulu permukaan tanah tersebut. Kalau tidak, kolam kita tu ada nampak senget sebelah pula. Alat yang digunakan? Bukannya ada alat pun...main belasah apa yang ada.

Sepatutnya kenalah ada sejenis wayar getah yang bersaiz kecil dan diisi dengan air sebagai 'penimbangnya' supaya kedudukan kolam itu sentiasa sama di semua penjuru. Itupun kenalah buat paling kurang 2 orang. Setiap oarang akan memegang dihujung wayar getah masing-masing. Barulah boleh dilakukan dengan mudah.

Tapi kali ini aku hanya menggunakan alat penimbang air je. Ala......alat yang bewarna kuning tu sepanjang 2 kali dan didalamnya ada air. Terpaksalah ukur sikit-sikit. Tu yang lambat tu. Kalau tidak....cepaaaaat. Tapi walau camna pun dapat juga aku menyiapkan sekadar yang mampu buat setakat ini.

Untuk yang lain kali.......tunggu

Seronoknya....Kiki melahirkan anak

Itulah kata-kata yang mungkin terkeluar dari anak-anakku. Apa tidaknya.....seekor kucing kampung yang berada di sekitar rumahku telah melahirkan anak kali kedua.

Tak tergambar betapa seronoknya anak-anakku kali ini. Maklumlah kucing kesayangan mereka telah melahirkan anak pada hari semalam (Sabtu 22 Mei 2010) jam 2.45 petang.

Kebetulan pula pada petang semalam aku bersama-sama keluargaku nak bertolak balik kampung di Kg Ketil Pengkalan Kubur Tumpat kerana ada hajat sikit. Masa nak bertolak tu....anak-anakku sungguh teruja melihat kelahiran kucing kesayangan mereka.

Pada masa itu, anak pertamanya dah keluar.....tapi setakat kepala sahaja. kaki belum keluar lagi. Kebetulan anakku yang ketiga iaitu Arif ternampak ada sesuatu yang melekat dibahagian punggung Kiki. Dia ingat apa dia......rupa-rupanya kepala anak kucing. Sunnguh teruja mereka semua.

Setelah ku'start' enjin kereta, badan anak kucing itu masih belum keluar lagi....hanya kepala sahaja yang kelihatan. Dia sempat berpesan pada neneknya (Tok Mi) supaya menjaga Kiki yang baru kelahiran anak itu. Sebab itulah masa pegi balik ke Ketil dan Kg Geting taklah lama sangat. Asyik nak balik cepat je.

Bila dah balik dari Kg Ketil dan Geting.....cepat-cepat mereka semua pergi ke tempat Kiki tersebut. Rupa-rupanya Kiki telah melahirkan 3 anaknya kali ini. Seronok sungguh mereka. tapi camna nak bagi kucing yang 3 ekor itu....sebab mereka ada 5 adik beradik?. Tak tahulah camna nak buat. Tunggu aje lah....

Memasang Bottom Drain (BD)


Kolam yang ingin kubuat telah pun digali. Ala....kugali ala kadar je. Setakat yang mampu...itu pun tengok masa free je. Masa free pulak jam 6 petang ke atas: mana 'dan'. (sempat)

Bila dah gali, aku cuba letakkan Bottom Drain (BD). BD yang ku letakkan itu....tak tahulah logik atau tidak paip yang kugunakan itu. Saiz paip itu hanyalah 2". Tak tahu lak praktikal atau tidak. Walau camna pun...semuanya beres.



Inilah rupanya BD yang diletakkan di dalam kolam dan memghala ke SC. Main hentam je tu. Bukannya tersr sangat buat kolam ni. Tak pernah seumur hidupku membuat kolam yang sebesar ini. Apa tah yang besar...yang kecik pun tak pernah buat. Ikut gerak hati je. Kalau kita rasa boleh buat...kita akan buat. Cuba dulu, mana tahu kan.

Kalau rasa-rasa nak tahu lebih lanjut, kita tanya orang yang lebih tahu...kan. Tapi nak tanya siapa ye???
Walau camna pun....sekarang ni dok tengah ikat batu-bata lak. Ok la tu

Gali Kolam

Pada waktu petang yang hening...15 April 2010 maka bermulalah episod mengorek kolam. Ku buat sorang-sorang je...nama ada orang lain nak tolong. Harap kat budak-budak, masih kecik lagi. Terpaksalah kubuat sorang-sorang.

Untuk permulaannya, aku hanya menggali kolam di bahagian tengah dulu. Bukannya apa...sebab yang ni agak dalam sikit berbanding dengan bahagian yang lain. Konon-kononnya itulah plan yang kurancang...dok dalam kepala je, bukannya sketch kat mana-mana pun.

Hajat di hati nak buat kolam yang mempunyai tahap kedalaman yang berbeza-beza...ada dalam dan ada yang tohor (ceteklah tu).

Inilah rupanya bahagian tengah kolam yang digali. Bahagian tengah ni agak dalam sikit. Tengok sekali takut juga....( kata adaik ipar aku lerr..). Tak tahulah sebab apa yang dia kata agak takut. Tapi bagi aku, masa aku menggalai tu....tak rasa apa-apa puuuun.


Tengok sekali bentuk kolam di bahagian tengah ni macam huruf 'T'. Betul ke?. Memang huruf 'T' pun. Sebab apa buat macam huruf 'T'.......sebab yang panjang sikit tu adalah dasar kolam. Dan di bahagian kepala huruf 'T' tu ialah tempat filternya. Panjang juga tempat filter tu. Ada 4 petak je : satu petak untuk Setting Chamber (SC) dan 3 lagi ialah filter. Camna nak buat filter tu? Tak tahu lagi camna nak buat ...yang penting gali dulu.


Kolam ni ada lengkok-lengkok sikit. Bukannya apa...sebab ada 2 batang pokok pinang ekor tupai tu la yang berada di antara kolam tu. Kalau tidak, buat kolam 4 segi je lagi senang. Tak payah la ada berbentuk melengkung tu. tapi nak buat camna...sebab sudah ditakdirkan bahawa tumbuh pokok itu dulu sebelum 'lahirnya' sebuah kolam di sebelahnya. Tapi sekurang-kurangnya...pokok itu taklah kesunyian sebab sudah ada 'teman' katakan.


Dah start?


Lama dah dok tenung-tenung cari lokasi nak korek kolam tu. Pada suatu hari...awal April 2010 dapatlah idea di mana nak gali lubang kolam tu. Tempatnya ialah di antara 2 pokok pinang ekor tupai. Di situlah tempat yang seadanyaboleh kukorek lubang tu.

Pada mulanya aku hanya gali taklah dalam sangat dan buat lubang sebagai bentuk kolam yang akan dibina nanti. Itu pun bukannya dapat pada waktu petang je. Sebab pagi pergi kerja. Petang pun pada pukul 6.00 baru boleh start sebab kena gi ambil anak kelas tambahan.

Amboi! Sempat lagi berposing di tapak kolam yang akan dibuat. Tempat dibelakang dia oranglah yang dicari-cari selama ini. Tak lah luas sangat...tapi bolehlah tahan.


Bila nak start?

Lama dah dok cari masa yang sesuai untuk nak gali kolam tu. Tup! tup! sempat juga luangkan masa nak gali kolam tu. Gali pun bukannya dalam sangat dalam sehari.

Projek kolam ikan

Teringin rasa dihati untuk nak buat kolam ikan hiasan. Ceritanya camni....masa dok buka line internet, tertengoklah satu blog iaitu blog cara nak buat kolam ikan iaitu kolamikanhiasan.blogspot (promote sikit). Bermula dari situlah aku mula teringin nak buat kolam ikan.

Kebetulan pula anak-anak kat rumah tu nak bela ikan dalam botol la...dalam besen la dan macam-macam lagi. Lama-lama tu....masa dok termenung sorang-sorang kat tepi rumah...tup! datang idea nak buat kolam di tepi rumahku.

Ada la sikit ruang kosong di situ. Molek juga ni nak buat kolam kat sini. Lama juga dok usyar-usyar kawasan tu......tenung.....tilik......tenung......tilik......sahlah, disitulah tempat yang sesuai untuk kubuat kolam.

Maka bermula dari situlah aku mula berjinak-jinak dengan kawasan itu. bukannya apa...nak buat kolam la tu.

Selamat Hari GURU

G.U.R.U

G .....Guru
U......Untuk
R......Rakyat
U......Umum

Tanggal 16 Mei adalah suatu tarikh yang dinantikan oleh semua warga PENDIDIK. Pada tanggal inilah kerjaya seorang GURU akan diraikan oleh semua umat manusia....baik manusia kecik hinggalah ke sebesar-besar manusia.

Sesungguhnya kerjaya seorang GURU adalah suatu tugas yang amat mencabar pada masa ini. Tidak seperti zaman-zaman sebelum ini...tugasnya amat-amat mencabar.

Adalah bertuahnya seseorang manusia itu yang bergelar seorang GURU. Ini adalah kerana kerjaya seorang guru itu mencakupi bukan sahaja di dalam kelas...tetapi juga ia terlibat di luar kelas dan di mana-mana sahaja.

Kita tidak pernah lagi mendengar seorang Lawyer yang sanggup memakai topi seorang arkitek.

 Tidak ada seorang majistret yang sanggup memakai kot seorang doktor.

Tidak kedengaran seorang engineer yang sanggup memakai boot dan memegang gunting panjang untuk menggunting pokok di halaman pejabat.

Seorang GURU adalah seorang yang mampu dan telah  melakukannya. Dialah seorang DOKTOR.....dialah seorang LAWYER.....dialah seorang ENGINEER.

Sesungguhnya...tugas seorang adalah amat mulia. dan seperti kata seorang pujangga besar :

"Kami mengajar orang-orang besar. Sesungguhnya....kami lebih besar dari orang-orang besar".

Selamat Hari IBU

Sudah lama saya tak buka blog ni. Maklumlah sejak saya berpindah kerja ke tempat baru ni...tahun ni ler...tak sempat saya nak menulis.

Agak tidak terlambat lagi nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada seluruh warga Malaysia yang bergelar IBU.

IBU.....tiada galang gantinya dalam kamus kehidupan kita. Sayangilah mereka selagi masih ada hayat dikandung badan. Ingatlah! Betapa besarnya pengorbanan ibu terhadap kita semua. Dan bertuahlah pada mereka yang masih lagi mempunya seorang IBU.

Di kala inilah kita dapat membalas jasa dan pengorbanannya yang begitu besar itu. Sesungguhnya......seorang IBU dapat menjaga dan mendidik 10 orang anaknya. Tetapi......10 orang anaknya belum tentu lagi dapat menjaga IBUnya seorang.

Ingatlah.......sekiranya kita tidak berdaya untuk membahagiakannya...tetapi janganlah kita menyakitkan hati seorang IBU. Dan ingatlah......keredhaan Allah adalah keredhaan seorang IBU.